Laporan Tijauan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, Taiping, Perak Berdasarkan Pengurusan Sumber Sekolah
Kumpulan 6
Ketua: Ahmad Harith Bin Che Li
Penolong Ketua: Deca Mardiani Marcus
Ahli Kumpulan:
1. Ishaq Bin Jama Huri
2. Muhammad Hilmi Zulhakim Bin Nazlan
3. Mohd Hamizan Bin Jafini
Slide KPS3014
Tajuk 6: Pengurusan Sumber Sekolah
To get a better view, please do make sure that our slide is in full screen mode! ;)
Sekolah Menengah Kebangsaan Matang ialah sekolah bantuan penuh yang dibuka pada tahun 2003. Sekolah ini juga merupakan Sekolah Menengah pertama di kawasan Matang. Sekolah ini telah dibangunkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak diatas kawasan seluas 20.065 ekar pada 09 september 1999.Kebanyakkan pelajar yang datang ke Sekolah ini terdiri dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah seperti Nelayan. SMK matang terletak 10km dari Bandar Taiping dan 5km dari SMK Simpang. Tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk menampung bilangan pelajar di daerah kecil Matang yang semakin bertambah dari semasa ke semasa memandangkan hanya terdapat sebuah Sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang di kawasan tersebut. Bilangan pelajar di sekolah ini adalah sebanyak 500 orang manakala bilangan guru-guru di sana adalah 60 orang sahaja. Misi sekolah adalah bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu untuk melahirkan kecemerlangan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan yang cekap dan berkesan, kurikulum yang berkualiti tinggi bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang, pembentukan sahsiah yang berteraskan pembangunan insan sukan yang berteraskan pendekatan saintifik dan inovatif serta kokurikulum yang berteraskan pembinaan generasi bestari , jati diri dan integrasi nasional. Visi sekolah pula adalah mewujudkan kecemerlangan dalam kurikulum ,kokurikulum dan sahsian. Nama pusat sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Matang ialah Pusat Sumber Avivennia yang diambil dari nama pokok paya yang berdekatan di kawasan Matang. Pusat sumber ini dibuka dapa tahun yang sama sekolah dibuka.
Pengurusan sumber amat penting bagi sebuah institusi pendidikan dan sebagainya. Hal ini, pengurusan sumber merupakan salah satu tempat atau medium rujukan untuk mencari maklumat. Menurut (Buck,2010) pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan meneyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai misi dan matlamat sebuah organisasi atau kumpulan. Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat.Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasilkan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber,masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya.OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.
Pengurusan bermaksud cara untuk mendapatkan sesuatu atau membuat penentuan ke atas pengagihan sumber dan merupakan proses aktiviti tadbir untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Manakala, sumber bermaksud segala punca atau cara-cara tersedia yang ada pada diri individu itu, keluarga dan di dalam persekitaran yang disedari atas potensinya atau kebolehannay memenuhi permintaan. Jenis sumber yang dikatakan ialah manusia. Pengurusan sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.
Selain itu,sumber juga membawa maksud,sesuatu yang menjadi rujukan untuk kesahihan sesuatu maklumat atau carian. Selain itu sumber juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu. Terdapat pelbagai kategori sumber antaranya dari alam semulajadi,manusia, serta kewangan dan teknologi. Oleh itu sumber digunakan oleh manusia secara langsung dalam kehidupan dan ada kaitan juga dengan pengurusan. Menurut AECT (Association for Educational Communication and Technology) 2008, meliputi sumber yang dapat digunakan oleh pelajar baik secara terpisah mahupun dalam bentuk gabungan,biasanya dalam situasi informasi untuk memberi kemudahan belajar.
Oleh itu, pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat,perkhidmatan,koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.
Notes: Make sure to copy the image's link and open it in other website if you want to see the image clearly ! ;)
Ciri-ciri Pusat Sumber
Komponen-komponen Pengurusan Sumber
Komponen Pembelajaran
Kepentingan Pengurusan Sumber
Analisis SWOT
Rumusan
Sebagai kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dan perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sentiasa bersemangat. Penyelidikan yang dijalankan akan menghasilkan idea-idea baharu untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mampu menghilangkan rasa bosan pada pelajar yang diajar. Pengurusan pembelajaran merupakan elemen yang sangat penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan dapat melahirkan generasi yang berguna dan mampu membangunkan modal insan yang berjaya.Oleh itu.penggunaan sumber yang digunakan oleh para guru dalam bidang pendidikan perlu dimamfaatkan sepenuhnya kerana ia mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar.Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah.Tuntasnya, bagi bab ini, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.
Rujukan:
Buku:
1. MOKHTAR PET (2017), PENGAJIAN PERNIAGAAN: PENGURUSAN. SELANGOR: OXFORD FAJAR SDN. BHD.
2. Shamila Mohamed Shuhidan, Shahrom TM Sulaiman, Ahmad Nadzri Mohamad, Tengku Adil Tengku Izhar, & Siti Arpah Noordin. (2017). Pusat sumber maklumat dalam era digital. Shah Alam: Im Books Everthing.
Artikel:
1. Ku Ai Fung. (2018). KEPIMPINAN SEKOLAH DALAM PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA: CABARAN KEPADA GURU BESAR. Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018, Institute of Teacher. 522-547
Tesis:
1. FAIZAH BINTI JA’APARBAHAN. (2017). BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN (SMK) DAERAH PONTIAN. (Disertai Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor.
A link to our slides, montage, presentation, and essay. Hope you'll learn something and please do enjoy it! ;)
KPS3014 | Tajuk 6: Pengurusan Sumber Sekolah [SLIDE]
(can download the slide by clicking the link below)
https://drive.google.com/open?id=1TCBin8WGkPCl988EwAUhhC6-M5-Gor_u
KPS3014 | Pengurusan Sumber Sekolah UPSI | Kumpulan 6 | Trip To Sekolah Menengah Kebangsaan Matang [MONTAGE]
https://youtu.be/7nnqnRxo79A
A link to our slides, montage, presentation, and essay. Hope you'll learn something and please do enjoy it! ;)
KPS3014 | Tajuk 6: Pengurusan Sumber Sekolah [SLIDE]
(can download the slide by clicking the link below)
https://drive.google.com/open?id=1TCBin8WGkPCl988EwAUhhC6-M5-Gor_u
KPS3014 | Pengurusan Sumber Sekolah UPSI | Kumpulan 6 | Trip To Sekolah Menengah Kebangsaan Matang [MONTAGE]
https://youtu.be/7nnqnRxo79A
KPS3014 | Tajuk 6: Pengurusan Sumber Sekolah [ESSAY]
KPS3014 | Kumpulan 6 | Tajuk 6: Pengurusan Sumber Sekolah [PRESENTATION]